Kapal Terbang Kertas : BAB 3

Setelah mendapat panggilan daripada Hany bahawa Delaila kemalangan, Rizu pantas menyarungkan baju-t putih jenama Diesel dan seluar Levi's hitam. Rambut di kemaskan. Kemudian, dia pantas mengambil kunci kereta Suzuki Swif miliknya. Kereta dipecut laju ke kawasan Bukit Antarabangsa 5 menuju ke rumah Hany.

Hany yang sudah sedia menunggu kehadirannya di hadapan rumah tersenyum kelat melihat kelibat kereta Suzuki Swif Rizu berhenti di depan banglonya. Dia segera menaikinya. Kali ini, kereta itu dipecut laju meninggalkan kawasan perumahan mewah Bukit Antarabangsa.

"Kali ni apa lagi?" kata Rizu tegas.

"Papa dia pukul sampai cedera teruk dekat kepala." jawab Hany sayu.

"Tak guna!" sumpah Rizu. Marahnya pada Datuk Farid kian membuak-buak. Kali ini bukan kali pertama dia memukul Delaila. Sudah banyak kali. Rasanya tidak terkira apabila dihitung dengan jari. Sejak kematian ibu Delaila lima tahun yang lalu, papanya kerap memukul Delaila dan Dani silih berganti. Apabila dia melihat air mata gadis itu, marahnya pada Datuk Farid semakin membuak-buak.

"Sabarlah, perkara dah jadi." pujuk Hany bagi menenangkan gelora yang bergelora hebat di hati Rizu. Namun, Rizu hanya mendiamkan diri. Setibanya dia di wad kecemasan, dia berlari mendapatkan Dani yang tertunduk lemah sambil di tenangkan oleh Mak Jah. Hany segera mendapatkan Mak Jah lalu bersalaman dengannya.

"Macam mana Delaila Mak Jah?" soal Hany lembut sambil menghadiahkan senyuman manis buat wanita separuh umur itu. Wanita itu hanya menjongket bahu. Rizu duduk di hadapan mereka. Mukanya kelihatan sedih. Kemudian, muncul seorang doktor menegur mereka.

"Siapa ahli keluarga Cik Delaila?" kata doktor yang merawat Delaila, Doktor Suraya. Dani segera bangun mendapatkan doktor itu. Sisa air mata jelas kelihatan di wajahnya. Mak Jah dan yang lain-lain hanya mendengar dari jauh.

"Saya perlukan darah jenis A kerana Cik Delaila kekurangan banyak darah akibat luka tersebut." terang Doktor Suraya. Dia menunggu reaksi daripada orang yang berada di hadapannya.

Cepat-cepat Dani menjawab.

"Ambillah darah saya dok. Sebanyak mana adik saya perlukan. Doktor ambillah. Saya tak kisah." Ketika itu, kasih sayang seorang abang kepada adiknya jelas terpancar. Kasih sayang Dani kepada adiknya sangat mendalam. Doktor Suraya segera mengarahkan jururawat yang bertugas membawa Dani untuk ujian darah. Mak Jah hanya tersenyum kelat sambil berkata pada Dani,

"Elok-elok, jangan kamu pula yang sakit."

Dani hanya tersenyum tawar pada Mak Jah dan yang lain-lain. Azan zohor berkumandang di segenap ruang kecemasan hospital itu kerana jarak diantara Masjid dan hospital tidaklah sepelaung jauhnya. Mak Jah segera bangun. Hany masih lagi termangu-mangu di situ manakala Rizu hanya menundukkan kepalanya.

"Hany, Rizu, tak nak sambahyang dulu? Dah masuk waktu ni." kata Mak Jah mesra kepada kedua remaja itu. Hany yang tersedar dari lamunannya segera berdiri. Rizu masih lagi didalam dunianya sendiri. Hany mencuit lengan Rizu kuat apabila tiada reaksi apabila tuan empunya badan apabila dipanggil beberapa kali.

"Apa? Sakit tau tak," omel Rizu.

"Kau tak dengar ke aku panggil kau? Kita nak solat zohor. Jomlah." marah Hany sambil bercekak pinggang gaya isteri memarahi suaminya. Mak Jah sudah berlalu pergi ke surau dahulu. Mahu menunggu Rizu memang lambatlah. Mereka beriringan ke lif yang berada di hujung tingkat tersebut. Rupa paras Rizu membuatkan jururawat-jururawat di situ terpana melihatnya. Setiap jururawat yang melintasi mereka tersenyum padanya.

Siapa yang tak cair apabila melihat Rizu Daniel William? Anak Datuk Harith William, pemilik syarikat perkapalan terbesar Malaysia, The Ship Holdings yang menjalankan perniagaan import dan eksport kapal-kapal besar untuk beberapa buah negara seperti Amerika dan Rusia. Lelaki berumur dua puluh satu tahun ini memiliki rupa paras seperti cina, bermata sepet dan rambutnya yang dipotong kemas menjadikan dia lelaki paling 'hot' di kolejnya. Lelaki yang merupakan satu-satunya pewaris tunggal syarikat papanya memilik kedudukan kewangan yang stabil, pangkat serta kemewahan yang melimpah-ruah. Apa saja yang dia hajatkan pasti akan dimakbulkan oleh kedua orang tuannya.

"Kenapa dorang pandang aku macam tu? Gigi aku kuning ya?" seloroh Rizu yang sememangnya kaya dengan lawak jenaka bodoh.

"Ha'ah. Patutlah aku bau lain macam" usik Hany balik.

"Yeke? Haih, Kak Tuti punya pasallah ni. Ada ke patut dia beli ubat gigi jenama lain? Dah hilang seri kemachoan aku." kata Rizu lurus. Hany yang berada di depan lif tergelak perlahan. Nasib baiklah hanya mereka berdua saja di situ. Kalau ada orang lain mesti tergelak sama apabila terdengar jawapan lurus Rizu.

Apabila lif yang baru saja tiba dari tingkat tiga terbuka, mereka terus memasukinya. Setibanya mereka di lobi, mereka berpecah. Rizu mahu ke tandas sebentar. Hany menghayunkan kakinya laju menuju ke surau yang tersedia. Setibanya dia disana, dia terpandang kelibat Mak Jah yang baru saja mengambil air wuduk. Dia mengambil tempat dia sebelah Mak Jah.

"Mak Jah pergi dulu ya," kata Mak Jah lalu berlalu pergi. Selepas selesai mengambil wuduk, dia segera menyertai jemaah yang sudah bermula untuk solat zohor. Lima belas minit kemudian, mereka menuju semula ke wad kecemasan yang menempatkan Delaila di sana tadi. Apabila mereka tiba di sana, Rizu sudah tercegat di kaunter pertanyaan. Kelihatan dia sedang bercakap dengan seorang jururawat.

"Pehal ni?" tanya Hany sambil tersenyum apabila Rizu dan jururawat itu habis berbual.

"Mak Jah, kejap lagi kita pergi tingkat 4, wad baru Del. Nanti jururawat tadi bawa abang Dani ke sana. Dia dah habis derma darah. Cuma badannya tak stabil lagi sebab darahnya kurang."jelas Rizu kepada kedua-dua wanita yang berada di depannya. Mereka menganguk tanda setuju. Kemudian, mereka beriringan menuju ke wad baru Delaila.

Setibanya mereka di hadapan wad V 490, mereka membuka pintu tersebut diikuti salam. Kelihatan tubuh lemah Delaila terbaring di katil hospital. Mak Jah mengusap dahi Delaila yang kini di tampal dengan plaster yang besar saiznya. Gayanya seperti belaian seorang ibu kepada anaknya. Hany duduk di sofa yang tersedia. Rizu membawa kerusi buat Mak Jah.

"Del, cepat sihat ya. Mak Jah sunyi dekat rumah sorang-sorang." omel Mak Jah perlahan tetapi mampu ditangkap oleh deria pendengaran Hany dan Rizu. Tidak lama kemudian, ketukan pintu bilik membuatkan mereka tersedar. Seorang jururawat yang cantik wajahnya mengusung Dani yang duduk di atas kerusi roda. Wajahnya yang pucat membuatkannya lemah tidak bermaya.

"Encik Rizu, encik boleh bawa balik Encik Danial. Doktor kata tiada apa-apa," ujar jururawat itu lalu segera berlalu pergi. Dani dibantu oleh Hany dan Rizu duduk di sofa panjang yang sememangnya disediakan oleh pihak hospital untuk ahli keluarga yang menjaga pesakit melepaskan lelah. Hany mengusung kusyen sofa di bawah kepala Dani manakala Rizu menolongnya merebahkan diri.

"Ouh, sakitnya kepala aku," omel Dani. Terbit rasa simpati di benak Hany dan Rizu. Kasih sayang seorang abang terhadap adiknya membuatkannya tidak kisah tentang diri sendiri. Mak Jah menghampiri Dani. Dia menyuakan air mineral yang dibelinya tadi kepada Dani. Mak Jah tidak kekok dengan Hany dan Rizu. Mak Jah sudah menjadi ibu Dani dan Delaila selepas ibunya meninggal dunia.

“Terima kasih Mak Jah,” bisik Dani. Ketika ini kepalanya terasa sangat berat. Segenap tubuhnya terasa tidak bermaya. Dunianya kini berpusing-pusing. Jumlah darah yang diperlukan oleh adiknya tadi adalah banyak. Mungkin ini kesan sampingan selepas menderma darah. Dia mahu melelapkan matanya seketika. Kepalanya terasa berdenyut-denyut.

“Abang nak balik ke? Kalau nak jom Rizu hantar balik.” kata Rizu lembut kepada Dani. Dia sudah menganggap Dani sebagai abangnya kerana dia sendiri teringin benar merasa kasih sayang seorang abang. Ternyata, kasih sayang Dani kepada Delaila dicurahkan juga kepada Hany dan dirinya. Dia akan mengenang jasa Dani satu ketika dahulu.

“Tak payahlah. Biar abang duduk sini. Nanti siapa yang mahu jaga Delaila?” Dani menolak dengan lembut. Dia memang tidak mahu pulang ke rumah. Dia mahu di situ menjaga Delaila. Kalau dia pulang sekalipun, dia akan bertembung juga dengan papanya yang berhati binatang.

“Abang baliklah. Biar Hany yang jaga Delaila. Esok abang datanglah lagi. Lagipun, barang-barang Delaila Mak Jah tak sempat nak ambil kan?” saran Hany. Biarlah dia yang menjaga Delaila. Wajah tua Mak Jah jelas kelihatan yang dia sudah penat. Jadi, biarlah dia saja yang menjaga Delaila. Dia akan memaklumkan kepada mama dan papa sebentar lagi.

“Tak ape ke Hany? Memang Mak Jah nak balik sekejap. Ambil baju Delaila.” Soal Mak Jah.

“Tak pe Mak Jah. Baliklah dulu. Mesti mama dan papa Hany bagi jaga Delaila.” Hany hanya tersenyum. Mak Jah segera mengambil tas tangannya.

“Okeylah kalau macam tu. Mak Jah balik dulu. Lagipun, Delaila dah tak ada apa-apa kan? Biar Mak Jah jaga Dani pulak malam ni.”

“Rizu, kau bawaklah Mak Jah dengan abang Dani balik. Biar aku duduk sini.” ujar Hany kepada Rizu yang masih duduk di hadapan Dani.

“Okey, kau nak apa-apa tak?” soal Rizu pula.

“Tak kot. Kalau ada nanti, pandai-pandailah aku cari.” Mak Jah segera meminpin tangan Dani. Dani yang baru saja berdiri sudah mula terhuyung-hayang. Lantas, tangannya segera dipaut oleh Rizu. Bimbang dengan keadaan itu, Mak Jah menyuruh Dani duduk di kerusi roda. Tetapi dia enggan.

“Duduk ajelah dekat kerusi roda tu Dani. Kamu tu berdiri pun dah tak betul.” omel Mak Jah kepada Dani.

“It’s okay. Dani boleh berjalan lagi. I’m strong enough Mak Jah.” bidas Dani.

“Suka hati kamulah.” Mak Jah dan Rizu meminpin tangan Dani menuju ke lif. Beberapa orang awam turut menunggu ketibaan lif tersebut. Apabila lif dibuka, Dani diberi laluan dahulu oleh orang awam kerana keadaannya yang lemah. Seorang jururawat muda menolongnya. Tangan tua Mak Jah tidak larat untuk memimpin Dani. Tenaga tuanya tidak membenarkan.

“Terima kasih,” bisik Dani kepada jururawat yang berada di sebelahnya. Tangannya masih memaut lengan Dani. Nampaknya, jururawat itu tidak segan silu memegang tangannya. Mungkin sudah biasa... kata Dani dalam hati.

“Tak mengapa, encik ni baru keluar hospital ke?” soal jururawat muda itu ramah. Di tag namanya tertera NUR HAFIEZA.

“Ha’ah.” Dani malas mahu bersoal jawab di dalam lif itu. Katakan saja ya, habis cerita.

“Oh, saya Hafieza.” Hafieza memperkenalkan dirinya.

“Saya Dani. Ini Rizu dan itu mak saya, Kamsiah.” Dani memperkenalkan Mak Jah dan Rizu kepada Hafieza. Nampaknya, Hafieza seorang jururawat yang cantik dan mesra. Hafieza tersenyum kepada mereka. Rizu dan Mak Jah sudah tersengih-sengih seperti kerang busuk.

Setibanya di lobi hospital, Hafieza dan Rizu memimpin Dani keluar laman hospital. Dani disuruh duduk di bangku taman yang telah tersedia. Rizu pergi mengambil kereta yang terletak di parking lot tingkat bawah hospital. Mak Jah meminta diri menuju ke farmasi untuk membeli Panadol. Hanya Hafieza dan Dani saja di situ.

“Okeylah Encik Dani. Saya pergi dulu. Terima kasih menggunakan khidmat hospital kami,” kata Hafieza penuh hormat. Lengan Dani yang kemas dipegangnya tadi dilepaskan.

“Terima kasih,” Selepas itu, Hafieza berlalu meninggalkan Dani selepas Mak Jah. Perkenalannya dengan Hafieza membuatkan dirinya terlalu bahagia. Entah mengapa, gadis tinggi lampai itu senang mendampinginya padahal dia memang susah memikat wanita di sekelilingnya.

Kereta Toyota Alphard yang dipandu Rizu berhenti betul-betul di hadapan mereka. Dani segera bangun. Dengan kudrat yang masih ada, dia gagahkan jua dirinya bangun menuju ke kereta. Bahang matahari membuatkan kepalanya pening kembali. Rizu memimpinnya ke bahagian tempat duduk belakang perut kereta. Dia merebahkan dirinya di atas kusyen. Mak Jah sudah sedia duduk di bahagian hadapan.
Kereta itu meluncur laju meninggalkan perkarangan hospital.
HAK CIPTA
ANNE OZAWA

Kapal Terbang Kertas : BAB 2

Delalila menghirup secawan Milo panas yang dibuatkan oleh Kak Jah sebentar tadi. Dia mengekek-ngekek ketawa apabila melihat cerita 'Family Guy' yang ditayangkan disaluran Fox. Kartun komedi itu amat menarik perhatiannya. Tidak lama kemudian, tumpuannya terganggu apabila papanya Datuk Farid menutup peti televisyen itu. Datuk Farid merenung tajam ke arahnya sebelum bersiap sedia untuk mencemuhnya. Delaila sedikit pun tidak gentar apabila melihat papanya merenungnya sebegitu rupa.

"Papa kenapa? Buang tabiat ke petang-petang ni?" kata Delaila kasar.

"Kurang ajar punya anak!" tengking Datuk Farid lalu mencurahkan air milo yang dihirup Delaila sebentar tadi.

"Papa!" Jerit Delaila sambil mengibas-ngibas bajunya yang lecun. Air matanya mulai membasahi pipi.

"Apa salah Del? Apa salah Del sampai papa benci sangat dengan Del?" rintih Delaila.

"Aku tak suka kau duduk mengangkang. Kau fikir Jah sorang ke yang nak kena buat semua kerja kat rumah ni?!" jerit Datuk Farid tanpa belas.

"Del dah cuci semua baju kotor. Baju papa, mama, Adira dengan Abang Dani." kata Delaila jujur. Memang dia sudah melakukan semua itu. Pagi tadi, selepas subuh, dia sudah mencuci semua pakaian yang tidak sempat dicuci oleh Kak Jah. Selepas itu, dia menyidai pula semua pakaian itu. Ruang tamu dan halaman depan juga turut dibersihkan. Sekarang apa lagi yang papanya mahukan?

"Alah! Alasan je tu! Kalau dah malas tu memang malas!" jerkah Datuk Farid.

"Papa selalu tek percayakan Del! Apa yang papa tau? Tu, anak dan bini papa duduk mengangkang boleh pulak? Kenapa yang Del dan abang Dani anak 'kandung' papa ni asyik nak di maki-hamun?" Delalila sengaja menekankan perkataan 'kandung' kerana mahu papanya sedar yang dia bukannya anak luar nikah Datuk Farid.

"Kau kalau tak nak aku buat kau macam anak luar nikah, kau kena ikut cakap aku! Jangan asyik keluar dengan jantan! Kau fikir kau tu betina? Sama je dengan mak kau!" tengking Datuk Farid tanpa belas kasihan. Apa lagi dugaan yang perlu dia tempuhi? Kenapa arwah ibunya perlu dicerca sebegitu rupa? Air mata Delaila kembali membasahi pipi. Dia mengutip serpihan kaca mug yang diminumnya tadi. Datuk Farid menyepak badannya lalu berlalu pergi dengan senyuman sinis. Kepala Delaila terhantuk di bucu meja kopi. Serpihan kaca yang dikutipnya tadi sudah tertusuk di telapak tangannya. Dia cuba gagahkan diri untuk bangun tetapi hanya sia-sia. Darah merah menyembur keluar dengan banyaknya.

Mak Jah yang menyedari insiden itu segera mendapatkan Delaila yang sudah terjelopok di atas lantai. Dia memangku kepala Delaila yang sudah dibasahi dengan darah.

"Ya Allah! Del, bangun!" kata Mak Jah sambil mengoyang-goyangkan badan Delaila.

Delaila tidak memberi sebarang respon.

Mak Jah mulai cemas. Dia segera meluru ke ruang makan untuk menelefon Dani. Entah kenapa pula nombor itu yang didail dulu. Patutnya, nombor ambulans yang patut dihubungi. Keadaan cemas selalunya akan terjadi perkara luar biasa.
Lama bunyi nada dering berkumandang di corong telinganya seperti Dani tidak mengangkat. Akhirnya, suara si pemanggil kedengaran.

"Assalamualaikum," sapa Dani lembut.

" Dani kat mana?" soal Mak Jah cemas.

"Dah dekat simpang depan ni. Lagi lima minit. Kenapa Mak Jah?" Jelas Dani.

"Adik kamu...." suara Mak Jah mendatar.

"Kenapa dengan adik?" kini, Dani pula yang cemas.

"Baliklah cepat." arah Mak Jah. Dani segera menamatkan panggilannya. Dia memecut kereta itu laju untuk tiba di rumah. Nasib baiklah kawasan Bukit Antarabangsa kelihatan sunyi. Dia sesedap rasa menekan pedal minyak kereta Mini Cooper yang dihadiahkan arwah mamanya setahun yang lalu.

Sementara menunggu kedatangan Dani, Mak Jah menuju ke biliknya untuk mengambil kain buat Delaila. Darah merah semakin lama semakin membuak-buak terkeluar. Akhirnya, Dani sampai jua. Dengan tidak memberi salam dan membuka kasut, dia berlari masuk ke dalam rumah.

Apabila pintu rumah dibuka, dia terkejut melihat ruang tamu kotor dibasahi dengan darah. Adiknya sudah tidak sedarkan diri manakala Mak Jah sedang memangku kepala adiknya sambil menangis.

"Ya Allah! Kenapa ni?" soal Dani pelik.

"Hantar dia ke hospital dulu Dani." pujuk Mak Jah.

"Mak Jah pergilah tukar baju cepat. Saya tunggu dalam kereta." Mak Jah segera berlari ke biliknya untuk menukar pakaiannya yang sudah lecun dibasahi darah. Bau hanyir yang kuat dari baju itu turut membuatkan dirinya tidak selesa. Dani mengambil kunci kereta Toyota Alphard arwah mamanya, Datin Dafina supaya Delaila boleh berbaring. Mak Jah terkocoh-kocoh berlari ke arahnya. Nampaknya, darah sudah mulai berhenti mengalir.

HAK CIPTA
ANNE OZAWA

Kapal Terbang Kertas : BAB 1

Disebuah bilik pejabat yang besar dan kemas yang terletak di tingkat 15 bangunan Wisma Fitrah, Datuk Lee meneliti setiap pernyataan akaun untung-rugi syarikatnya. Setiausahanya, Safiya setia berdiri dihadapanya. Safiya menunggu ketuanya memberi arahan. Datuk Arifin memandang tajam kearah Safiya tanpa berkata apa-apa. Safiya mulai cemas dipandang begitu.


"Ada apa-apa tuan?" soal Safiya apabila tuannya merenungnya tajam.


"Kenapa pernyata kewangan ada tetapi hasilnya lenyap?" kata Datuk Lee tanpa berbasa-basi.


"Saya dah check semuanya. Hasilnya ada dalam akaun syarikat." jelas Safiya.


"Kenapa pegawai bank telefon saya dan kata wang syarikat Mega Holdings tak stabil?" soal Datuk Lee tegas.


"Saya akan semak semula dengan ketua akauntan untuk meneliti perkara ini."


"Sudah! Saya sudah tidak mahu dengar lagi! Mulai esok, saya dah tak mahu dengar lagi masalah ni."


"Baik Tuan." Safiya mulai keluar daripada bilik itu. Sumpah seranahnya terhadap Datuk Arifin mulai berkumandang di segenap hatinya. Mahu saja dia menumbuk perut orang tua tidak sedar diri itu. Melihat mukanya juga sudah mahu termuntah. Razif yang terlihat Safiya bermasam muka terus mendekatinya.


"Hey beautiful, masam je muka? Muncung pun dah sampai sedepa?" sapa Razif sambil tersengih menampakkan giginya yang kuning akibat kuat menghisap rokok. Safiya masih lagi dengan mogoknya. Kehadiran Razif sedikit pun tidak dihiraukannya. Ditekan pad kekunci telefonya rakus.


"You ni kenapa? I ada buat salah apa-apa kat you?" kata Razif lagi.


"You boleh tak jangan kacau I?!" tengking Safiya. Semua mata-mata di pejabat memandang mereka.


"You ni kenapa? Dah puas malukan I? I tanya you je kan?" kata Razif tegas.


"I tengah bengang, you kacau I." Kata Safiya mendatar apabila mendengar suara tegas Razif.


"Orang tua tu buat hal lagi ya?" Razif mengagak.


"Erm..." Safiya hanya mengeluh lemah. Lagaknya seperti orang baru putus tunang saja.


"Kali ni apa?" kata Razif prihatin.


"Dia tau ada orang selewengkan duit projek hotel five star dekat Kanada. Tu yang dia ngamuk sakan tu,"


"You tak payah risau okey. I tau la nak buat apa. We'll never get caught. I promise." kata Razif sambil tanganya gatal meraba paha montok Safiya. Safiya segera menepis tangan Razif. Dia menjegilkan matanya pada Razif tanda amaran. Razif segera berlalu pergi. Dia mahu menyediakan kertas kerja projek pembinaan di Janda Baik yang semakin hari semakin banyak. Dia sempat membisik di telinga Safiya.


"I tunggu you malam ni dekat kondo I"


Razif berlalu pergi dengan senyuman nakal terukir di bibirnya.


HAK CIPTA
ANNE OZAWA

Kapal Terbang Kertas :)


Kapal Kertas Terbang


Okeyy, this is the first novel. Aku create novel ni dah lama sebenarnya. Cuma aku malas nak publish lagi and aku cadang nak panjangkan lagi novel aku ni, InsyaALLAH. Korang mesti dah baca pasal  citer ni kan? Ish, kalau belum, baca kat ruangan tepi yang tertulis SINOPSIS NOVEL KAPAL TERBANG KERTAS okey?
Btw, happy reading readers :)

WELCOME :)


Assalamualaikum?
 Guys, ni blogg aku yang kedua yg aku dah sebut dlm post kat blog aku yg lme tu. Blog ni cume digunekan utk,
POST novel yang aku buat. 
 Untuk post2 pasal kehidupan seharian, itu di blog   darcoranadiaries.blogspot.com.
 Aku harap korang enjoy  reading and follow blog ni okeyh ?!

Truly,
Anne OZAWA