Kapal Terbang Kertas : BAB 2

Delalila menghirup secawan Milo panas yang dibuatkan oleh Kak Jah sebentar tadi. Dia mengekek-ngekek ketawa apabila melihat cerita 'Family Guy' yang ditayangkan disaluran Fox. Kartun komedi itu amat menarik perhatiannya. Tidak lama kemudian, tumpuannya terganggu apabila papanya Datuk Farid menutup peti televisyen itu. Datuk Farid merenung tajam ke arahnya sebelum bersiap sedia untuk mencemuhnya. Delaila sedikit pun tidak gentar apabila melihat papanya merenungnya sebegitu rupa.

"Papa kenapa? Buang tabiat ke petang-petang ni?" kata Delaila kasar.

"Kurang ajar punya anak!" tengking Datuk Farid lalu mencurahkan air milo yang dihirup Delaila sebentar tadi.

"Papa!" Jerit Delaila sambil mengibas-ngibas bajunya yang lecun. Air matanya mulai membasahi pipi.

"Apa salah Del? Apa salah Del sampai papa benci sangat dengan Del?" rintih Delaila.

"Aku tak suka kau duduk mengangkang. Kau fikir Jah sorang ke yang nak kena buat semua kerja kat rumah ni?!" jerit Datuk Farid tanpa belas.

"Del dah cuci semua baju kotor. Baju papa, mama, Adira dengan Abang Dani." kata Delaila jujur. Memang dia sudah melakukan semua itu. Pagi tadi, selepas subuh, dia sudah mencuci semua pakaian yang tidak sempat dicuci oleh Kak Jah. Selepas itu, dia menyidai pula semua pakaian itu. Ruang tamu dan halaman depan juga turut dibersihkan. Sekarang apa lagi yang papanya mahukan?

"Alah! Alasan je tu! Kalau dah malas tu memang malas!" jerkah Datuk Farid.

"Papa selalu tek percayakan Del! Apa yang papa tau? Tu, anak dan bini papa duduk mengangkang boleh pulak? Kenapa yang Del dan abang Dani anak 'kandung' papa ni asyik nak di maki-hamun?" Delalila sengaja menekankan perkataan 'kandung' kerana mahu papanya sedar yang dia bukannya anak luar nikah Datuk Farid.

"Kau kalau tak nak aku buat kau macam anak luar nikah, kau kena ikut cakap aku! Jangan asyik keluar dengan jantan! Kau fikir kau tu betina? Sama je dengan mak kau!" tengking Datuk Farid tanpa belas kasihan. Apa lagi dugaan yang perlu dia tempuhi? Kenapa arwah ibunya perlu dicerca sebegitu rupa? Air mata Delaila kembali membasahi pipi. Dia mengutip serpihan kaca mug yang diminumnya tadi. Datuk Farid menyepak badannya lalu berlalu pergi dengan senyuman sinis. Kepala Delaila terhantuk di bucu meja kopi. Serpihan kaca yang dikutipnya tadi sudah tertusuk di telapak tangannya. Dia cuba gagahkan diri untuk bangun tetapi hanya sia-sia. Darah merah menyembur keluar dengan banyaknya.

Mak Jah yang menyedari insiden itu segera mendapatkan Delaila yang sudah terjelopok di atas lantai. Dia memangku kepala Delaila yang sudah dibasahi dengan darah.

"Ya Allah! Del, bangun!" kata Mak Jah sambil mengoyang-goyangkan badan Delaila.

Delaila tidak memberi sebarang respon.

Mak Jah mulai cemas. Dia segera meluru ke ruang makan untuk menelefon Dani. Entah kenapa pula nombor itu yang didail dulu. Patutnya, nombor ambulans yang patut dihubungi. Keadaan cemas selalunya akan terjadi perkara luar biasa.
Lama bunyi nada dering berkumandang di corong telinganya seperti Dani tidak mengangkat. Akhirnya, suara si pemanggil kedengaran.

"Assalamualaikum," sapa Dani lembut.

" Dani kat mana?" soal Mak Jah cemas.

"Dah dekat simpang depan ni. Lagi lima minit. Kenapa Mak Jah?" Jelas Dani.

"Adik kamu...." suara Mak Jah mendatar.

"Kenapa dengan adik?" kini, Dani pula yang cemas.

"Baliklah cepat." arah Mak Jah. Dani segera menamatkan panggilannya. Dia memecut kereta itu laju untuk tiba di rumah. Nasib baiklah kawasan Bukit Antarabangsa kelihatan sunyi. Dia sesedap rasa menekan pedal minyak kereta Mini Cooper yang dihadiahkan arwah mamanya setahun yang lalu.

Sementara menunggu kedatangan Dani, Mak Jah menuju ke biliknya untuk mengambil kain buat Delaila. Darah merah semakin lama semakin membuak-buak terkeluar. Akhirnya, Dani sampai jua. Dengan tidak memberi salam dan membuka kasut, dia berlari masuk ke dalam rumah.

Apabila pintu rumah dibuka, dia terkejut melihat ruang tamu kotor dibasahi dengan darah. Adiknya sudah tidak sedarkan diri manakala Mak Jah sedang memangku kepala adiknya sambil menangis.

"Ya Allah! Kenapa ni?" soal Dani pelik.

"Hantar dia ke hospital dulu Dani." pujuk Mak Jah.

"Mak Jah pergilah tukar baju cepat. Saya tunggu dalam kereta." Mak Jah segera berlari ke biliknya untuk menukar pakaiannya yang sudah lecun dibasahi darah. Bau hanyir yang kuat dari baju itu turut membuatkan dirinya tidak selesa. Dani mengambil kunci kereta Toyota Alphard arwah mamanya, Datin Dafina supaya Delaila boleh berbaring. Mak Jah terkocoh-kocoh berlari ke arahnya. Nampaknya, darah sudah mulai berhenti mengalir.

HAK CIPTA
ANNE OZAWA

No comments:

Post a Comment